ADA APA DENGAN PERTEMUAN ITU?

Monday, 28 May 2012


Assalamualaikum warahmatullah hi Ta'ala wabarakatuh....

Saat jari jemari yang tak berapa nak runcing ini bermain-main di keyboard laptop, jam menunjukkan pukul 1.30 pagi..sungguh waktu ini sangat mendamaikan...di langit pula terdengar guruh yang bakal menyambut kehadiran sang hujan...namun betullah cakap orang tua-tua, jangan dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan...sesuatu yang BELUM PASTI...

ALHAMDULILLAH WA SYUKRILLAH...pejam celik pejam celik hampir sampai ku ke penghujung semester 1.. sekarang ini aku sedang bercuti kerana diberi CUTI TAMBAHAN oleh pihak U.. pemurah betul hati VC...tapi, Tuan yang berhormat VC, cuti ni KERJA kami masih MENGGUNUNG...dah serupa gunung everest ...huhuhu

Mengimbau momen pertama kali ku menjejak kan kaki ke sini (tempat ku belajar) mengundang rasa geli hati dan bila dikenang kembali, rasa macam budak tadika pon ada!! tak nak lah citer, buek malu orang kampung jo!! huhu...

Hari demi hari ku rasakan seakan merangkak...memang sangat berbeza persekitarannya dgn KUIS dahulu...sehingga hari ini, KUIS TETAP DEKAT DI HATI...walaupun aku tak berpuas hati dengan sistem pengurusan nya, namun iyalah persekitarannya SANGAT MENDAMAIKAN...ku rindu tasik dan masjid =(((((

Ku seorang pengembara...di sana kapsul rohani bertalu-talu dihamparkan...Di sini, aku tercari-cari...Alhamdulillah, ALLAH masih SAYANG aku...aku dipertemu dengan seorang adik manis ketika program BESAR kolej...adik manis yang bertudung labuh

Masih ku ingat, ketika itu seawal jam 6 kami warga kolej diarahkan menaiki bus untuk ke tempat program berlangsung..Aku telah terpisah dengan rakan-rakanku, lalu duduk keseorangan...aku duduk di sebelah perempuan sebaya ku, mungkin.

Usai menunaikan solat fardhu Maghrib, aku bergegas menuju ke tempat duduk..Namun kali ini aku memilih untuk duduk di sebelah adik manis yang bertudung labuh...Sudah lama aku memerhatikannya..


Sesi taaruf bermula...dia bersama rakan-rakannya...Aku duduk disebelahnya..Kemudian kami berbalas maklumat tentang diri masing-masing...soalan-soalan lazim diutarakan...makin lama makin tumbuh rasa seronok berbual dengannya...maklumlah, aku pun tak ade adik...dia ingat aku berasal dari pantai timur, kelantan...haishh...kenapa dah ramai yang cakap aku berasal  dari nun sana? musykil-musykil...tang mane tuh?? ce cite, ce cite...

' Akak ambil kos ...... pilihan utama ke, atau terpaksa' ? papp! tersentak aku dengan soalannya...
dalam hati nak cakap ke tidak ye? memandangkan raut wajahnya yang polos dan jujur, serta peribadinya yang boleh dipercayai, aku menjawab sejujurnya :

'terpaksa'

owh...sambil mengangguk-angguk kan kepalanya....
saya faham...sambungnya sambil tersenyum kepadaku...

aku yang demam, ditambah pula air cond yang macam ibarat mandi ketulan-ketulan ais menyebabkan ku ' ACHO!! ACHO!! ACHOOMMM!! '' beberapa kali...prihatin dengan keadaan kesihatan ku yang tidak elok, si adik manis itu menghulurkan sweater milik nya kepadaku.

''Kak Ili, pakai ni.''

'Eh, nanti awak pulak yang kesejukan.''

'Tak mengapa kak, saya tak demam...akak lebih memerlukan'.

Dengan perasaan SANGAT TERHARU, aku menyambut pemberiannya...boleh dikatakan tinggal suku majlis, sweater nya masih tersarung di tubuhku...betapa mulianya hati mu wahai adik manis..

Rakan-rakanya juga baik hati...mereka bergilir-gilir memberiku honey star, alas perut kata mereka...

Selesai sesi taaruf, aku bertanya kepada si adik manis, :

'Dik, dekat sini ada usrah tak? Akak nak join lah.'

'Owh, ada! nanti akak beri nama, kursus apa, umur dan nombor bilik ye.'

setelah selesai memberi  segala butir diri yang dikehendaki, aku pun berusaha untuk memulangkan sweater kepunyaan si adik manis itu...namun dia berkeras kerana katanya, aku lebih memerlukan..

* Touching jap , air mata berjurai-jurai*

teringat kata-kata karya hlovate dalam novel Rooftop Rant

'when a stranger become a family,
when family become a stranger'

Rasa beruntung sungguh diri ini kerana di mana sahaja ku merantau, ALLAH PASTI hantarkan ORANG-ORANG YANG BAIK...rasa malu dan hina...aku hamba yang hina ini masih mendapat perhatian dan kasih sayang ALLAH...



 

0 comments:

Post a Comment